Kesihatan Kini

Info kesihatan terkini dan boleh dipercayai.

12 Hakikat Tentang Bersenam dan Penuaan

Ramai warga emas yang tidak bersenam dan mereka boleh memberi berbagai alasan yang munasabah kenapa mereka tidak aktif secara fizikal.Tetapi ketahuilah bahawa kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan kematian. Senaman yang kerap, terutamanya di kalangan mereka yang sudah berumur, adalah penting untuk kesihatan yang baik.

Apakah alasan anda?

1. Saya sudah tua

Warga Emas SihatSenaman baik untuk semua orang, termasuk mereka yang sudah berumur. Ianya boleh memberi impak yang besar walau pun anda bersenam sedikit sahaja. Sudah tentu bincanglah dahulu dengan doktor anda. Jika selama ini anda tidak aktif, mulakan secara sederhana. Mulakan dengan melakukan aktiviti ringan selama 5 – 10 minit setiap hari.

2. Saya perlu banyak berehat

Bukan umur anda yang membuat anda merasakan yang anda perlu banyak rihat – ianya kerana anda tidak aktif. Malah mereka yang berumur dengan masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan lain-lain boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bangun dan bergerak.

3. Saya rasa jantung saya tidak boleh menerimanya

Lebih banyak anda bersenam untuk kekal aktif seiring dengan usia anda, semakin rendah risiko anda untuk mendapat perkara seperti serangan jantung dan strok. Anda boleh bertanya dengan doktor apa jenis senaman yang terbaik, dan berapa lama anda perlu melakukannya. Anda mungkin boleh melakukan aktiviti aerobik sederhana selama 150 minit seminggu, seperti berjalan pantas atau menunggang basikal secara santai. Memotong rumput atau membersih kawasan rumah juga boleh diambil kira. Dan anda tidak perlu melakukannya 30 minit sekali gus setiap sesi.

4. Saya tidak aktif seperti dulu lagi

Warga Emas FitAnda mungkin perlu lakukan empat kumpulan pergerakan asas (bersama-sama dengan senaman yang meningkatkan daya tahan, kekuatan dan keseimbangan). Kekakuan itu boleh dikurangkan dengan senaman seperti regangan yang menyasarkan pinggul, kaki, bahu, leher, dan belakang anda. Namun jangan meregangkan terlalu kuat sehingga menyakitkan.

5. Saya takut tercedera

Sebagai langkah berjaga-jaga, berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu, terutamanya jika anda tidak aktif atau mempunyai masalah kesihatan. Doktor anda tahu apa yang anda perlukan dan apa yang boleh anda lakukan. Mengikut pakar, mereka yang baru bermula harus bermula perlahan-lahan dengan senaman intensiti rendah. Minum banyak air, dengarkan badan anda, panaskan badan sebelum bersenam dan sejukkan badan selepas itu.

6. Saya adalah saya

Kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa senaman tertentu — seperti menunggang basikal pegun — sebenarnya melambatkan penurunan sel yang boleh berlaku apabila anda meningkat usia. Dalam erti kata lain, tidak pernah terlambat untuk meraih faedah senaman. Tidak kira berapa umur anda, betapa tidak aktifnya, atau berapa lama bentuk badan telah berada dalam keadaan teruk, senaman boleh memberikan banyak bantuan untuk banyak perkara.

7. Saya tidak suka bersenam

Warga Emas BerkebunMenjadi aktif secara fizikal tidak semestinya bererti mengangkat berat di gim atau berlari sejauh 10 kilo. Lakukan perkara yang anda suka dan itu akan membuatkan anda terus melakukannya. Anda boleh mengemas halaman rumah, berjalan dengan rakan-rakan, berkebun (mengangkat dan membongkok sangat bagus untuk fleksibiliti dan kekuatan), atau berbasikal. Campur adukkan aktiviti tersebut dengan kerap supaya anda tidak merasa bosan.

8. Saya tidak mempunyai teman bersenam

Mempunyai teman atau menyertai kumpulan akan membantu. Kajian menunjukkan bahawa penyeliaan dan sokongan boleh membantu anda kekal fokus dan berasa gembira dengan apa yang anda lakukan. Teman bersenam benar-benar boleh membantu jika anda sudah tidak aktif untuk ketika dan sedang memperbaiki keadaan. Sesetengah orang lebih suka melakukan secara solo. Jika anda bukan jenis tersebut, cari kumpulan bersenam dalam komuniti anda. Anda boleh mencarinya di Internet, atau doktor anda boleh membantu anda.

9. Saya tidak mempunyai masa

Jadual penuh — kerana menjaga cucu, kewajipan keluarga lain, kerja rumah, dsb. — sering disebut sebagai sebab untuk tidak bersenaman. Jika anda fikirkan tentang semua faedah aktiviti fizikal yang kerap, dan masa minimum yang diperlukan (150 minit seminggu untuk aktiviti aerobik sederhana), jawapannya adalah jelas: Jika anda ingin kekal sihat, anda boleh mencari masa.

10. Jantung saya sihat

Badan sihat jantung sihatIa bukan hanya tentang jantung anda. Senaman yang kerap juga membantu paru-paru, otot, dan keseluruhan sistem peredaran darah anda. Ia mengenai faedah yang boleh merangkumi tekanan darah yang lebih rendah, kesihatan tulang dan sendi yang lebih baik, serta kurang kemungkinan perkara seperti kanser kolon dan diabetes.

11. Saya tidak mahu terjatuh

Jatuh boleh menjadi masalah bagi warga emas. Tetapi dengan aktiviti fizikal yang kerap, termasuk senaman yang menggalakkan keseimbangan yang betul — senaman yang boleh anda lakukan hampir pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja — anda boleh membantu mencegah terjatuh yang mencederakan ramai warga emas. Doktor anda boleh menunjukkan anda ke arah yang betul.

12. Saya lebih risaukan otak saya

Senaman sangat bagus untuk otak anda. Pakar berkata bukan sahaja senaman boleh membantu anda mengelakkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan, ia juga boleh membantu anda meneruskan tugas dan lebih berupaya untuk beralih dari satu tugasan ke perkara seterusnya. Badan sihat, minda sihat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *