Kesihatan Kini

Info kesihatan terkini dan boleh dipercayai.

Bolehkah Makan Biji Betik?

Betik sangat digemari kerana rasa yang lazat dan mempunyai zat dan nutrien yang sangat baik.

Tapi sayang, ramai yang sering membuang bijinya dan hanya makan isinya yang manis.

Apa yang mereka tidak sedari ialah biji betik bukan sahaja boleh dimakan tetapi juga sangat berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai mikronutrien penting.

Biji betik mengandungi kandungan polifenol dan flavonoid yang sangat tinggi. Sebatian tersebut bertindak sebagai antioksidan untuk membantu menggalakkan kesihatan anda. Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan penyakit.

Lebih-lebih lagi, biji betik mengandungi sejumlah besar asid lemak tak tepu yang sihat, termasuk asid oleik. Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas pengidap diabetes Jenis 2, diet yang tinggi dalam asid lemak tak tepu boleh mengurangkan trigliserida dan paras kolesterol lipoprotein berketumpatan sangat rendah.

Biji betik juga mengandungi serat yang banyak. Meningkatkan pengambilan serat boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan paras kolesterol. Pengambilan serat yang tinggi juga dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung, strok, diabetes dan obesiti.

Biji betik adalah sumber yang baik untuk banyak nutrien penting, termasuk antioksidan, lemak tak tepu dan serat. Kajian juga mendapati bahawa biji betik boleh membantu melawan jangkitan, menggalakkan kesihatan buah pinggang, melindungi daripada kanser, dan meningkatkan kesihatan pencernaan.

Sumber: Healthline.Com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *