Kanser Bagaikan Bom Jangka

Dulu jarang didengar masyarakat mendapat penyakit kanser tertentu, tetapi sekarang pelbagai jenis kanser dilaporkan dideritai pesakit sehingga membawa maut. Secara purata, sekurang-kurangnya 4,000 kes baru kanser payudara dicatatkan setiap tahun
Menurut pakar onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Dr Muhd Nik Aslan Abdullah, kadar kesembuhan kanser mempunyai perkaitan langsung dengan tahap kanser dikesan, kanser tahap awal seperti tahap satu dan dua mempunyai peluang tinggi untuk sembuh berbanding dengan tahap tiga dan empat.
Sebanyak 10 jenis kanser tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia bagi tempoh 2012 hingga 2016 ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.
Menurut Dr Nik Muhd Aslan, peningkatan bilangan pesakit kanser berkait rapat dengan gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan lebih terarah kepada pengambilan makanan yang berlemak tinggi, banyak daging, tetapi kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
Menurut beliau lagi, faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan penghidap penyakit kanser ialah kurang bersenam, pencemaran udara dan air.
