Kesihatan Kini

Info kesihatan terkini dan boleh dipercayai.

Tingkat Imuniti Lawan Penyakit

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, amalan pemakanan sihat amat penting untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan penyakit (termasuk virus korona) dan seterusnya menggelakkan jangkitan.

Beliau berkata, Covid-19 mudah menjangkiti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit serentak) seperti kencing manis, sakit jantung, asma dan masalah buah pinggang kronik kerana mempunyai sistem imun badan yang rendah.

“Mereka yang tidak dijangkiti wabak ini sangat digalakkan mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran segar dan sumber protein daripada ayam, telur serta ikan.

“Sumber makanan ini mempunyai kandungan vitamin C, A dan D yang tinggi serta diperlukan badan untuk melawan penyakit,” katanya.

Dr Sharifa juga menasihatkan supaya minum air mencukupi iaitu kira-kira 2 liter sehari bagi wanita dan 3 liter untuk lelaki. Kekurangan air boleh menyebabkan sel badan tidak berfungsi dengan baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *